Related Posts with Thumbnails

Kenangan Manis

Lakaran Kenangan

is'ad syafaat 10 bulan

Monday, October 26, 2009

Puisi Buat Suami
























Suamiku..

Usah gusar..

Bila melalui jalan sukar..

Kerana kita harus sedar..

Hidup tidakkan mudah..

Jika semangat kita lemah..

Suamiku..

Usah membisu..

Jika ada rasa terbuku..

Bukankah kita ditakdirkan bersatu..

Berkongsi rindu dan sendu..

Kerana kita harus tahu..

Beratnya beban menanggung pilu..

Suamiku..

Memang tidak mudah..

Memulakan alam baru ini..

Tetapi kita tongkah dengan seribu kisah..

Dan..semusim sudah kita bersama..

Semua yang pahit menjadi indah..

Bila haluan kita searah..

Suamiku..

Menjelang malam ini..

Kupinjam cahaya bintang..

Biar ia menyinar..

Hingga ke siang..

Kerana kilauannya adalah kasih sayang..

Isterimu..


0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Karjat Resorts

Back to TOP