Related Posts with Thumbnails

Kenangan Manis

Lakaran Kenangan

is'ad syafaat 10 bulan

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Read more...

Monday, November 16, 2009

Dj Rumputt @ Utusan Borneo







Bahagian Hiburan Sabah (Bisik-Bisik Bersama Abang Linz), Muka Surat 20, Edisi Isnin (16/11/2009)

Read more...

Tahukah Anda?








Anda boleh
menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Sistem Pencernaan Manusia


















Sistem Pencernaan
iaitu perut, isi perut, usus kecil dan usus besar.
Panjang sistem pencernaan manusia 6 kali tinggi tubuh.


Read more...

Thursday, November 12, 2009

bila diri disayangi...

wub.gif
bila diri disayangi...
jiwa bahagia,bak sinar mentari gemilang cahaya terangi alam...

bila diri dilukai,
jiwa berdarah,hati menangis,
bak langit kelam tiada bintang berkerdipan...

hati yang menangis, tiada siapa yg tahu...
kekalahan cinta tiada hujungnya...
pasti ada sinar bahagia mananti di kemudian hari...
aku percaya,diri ini akan disayangi kembali...
selamanya...

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Forgive Me..

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Jangan Persendakan Kawan




Read more...

Friday, October 30, 2009

Anak Rumput



















Berdiri aku pada akar dan batang
yang menghijau di muka bumi.
Aku rumput yang tersenyum di matamu saat ini.

- hasil nukilah Dj Aldusuni -

Read more...

Monday, October 26, 2009

Puisi Buat Suami
























Suamiku..

Usah gusar..

Bila melalui jalan sukar..

Kerana kita harus sedar..

Hidup tidakkan mudah..

Jika semangat kita lemah..

Suamiku..

Usah membisu..

Jika ada rasa terbuku..

Bukankah kita ditakdirkan bersatu..

Berkongsi rindu dan sendu..

Kerana kita harus tahu..

Beratnya beban menanggung pilu..

Suamiku..

Memang tidak mudah..

Memulakan alam baru ini..

Tetapi kita tongkah dengan seribu kisah..

Dan..semusim sudah kita bersama..

Semua yang pahit menjadi indah..

Bila haluan kita searah..

Suamiku..

Menjelang malam ini..

Kupinjam cahaya bintang..

Biar ia menyinar..

Hingga ke siang..

Kerana kilauannya adalah kasih sayang..

Isterimu..


Read more...

Monday, October 12, 2009

Makan Malam SAM & KUBNET



Read more...

Sunday, October 11, 2009

MAKAN DURIAN BERSAMA YB ANITA BARANTING














Read more...

SENYUMLAH















SEBAIK-BAIK IMAN ADALAH AMAL,
SEBAIK-BAIK AMAL ADALAH INSAN,
SEBAIK-BAIK INSAN YANG PEMURAH,
SEMURAH-MURAH SEDEKAH ADALAH SENYUMAN,
SEBAIK-BAIK SENYUMAN YANG MENTENTERAMKAN JIWA.

Read more...

RETRO

































Read more...

TULUS CINTA ORANG DULU2??
















Fuh bestnya lagu nie..menyirap dijiwa..dapat merasa ketulusan HATI orang yang mencipta lagu ini..bertuah kepada yang ditujukan..TAPI, sedihnya..tidak dapat letak video di blog saya..ter "crash"..adoii, sedihnya..ndak apa, kasi url untuk dengar-dengaran semua ...*KLIK GAMBAR TUE*...

Read more...

Friday, October 9, 2009

Senang Hati Mumy . .

Senang hati mumy bila melihat anak sudah pandai makan sendiri.. ada peningkatan nie..


Read more...

Thursday, October 8, 2009

Masjidku . .



Read more...



Allah berfirman :
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan bertemu Rabb-nya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya. (Al-Baqarah : 45-46)

Ibnu Katsir, dalam tafsir al Qur’ani al ‘Azhim (1/89) menerangkan ayat di atas dengan bertutur : “Allah memerintahkan hambaNya untuk menjadikan sabar dan solat sebagai bantuan dalam meraih apa yang mereka harapkan dari kebaikan dunia dan akhirat”.

Solat mendatangkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Dan seorang muslim, ia akan menggapai ketenangan jika dekat dengan Allah Ta’ala. Disebutkan dalam firman Allah, Katakanlah: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’du : 27-28).

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Kecewa

Read more...

Secebis Ketenanganku..

Jangan kau pergi wahai ketenangan..
temani aku, melewati hidupku..
temani aku, dari kegelisahan..
temani aku, menjauh kesedihanku..
temani aku, melepasi dugaan..
temani aku, mengecap kegembiraan..
temani aku, menggapai kebahagiaan..
temani aku, berdepan sembahanku kepada-Nya..

Ya Allah berilah hambamu kekuatan untuk SEGALANYA..Amin..

Read more...

Rumah Terbuka WXYZ@Ajaa



Read more...

Monday, October 5, 2009

Comotnya Makan Aiskrim

Hari ini is'ad makan saja..ndak makan nasi..ish ish ish..inilah kalu rumah sebelah kedai..balik-balik mahu membeli aiskrim..












Read more...

Sunday, October 4, 2009

Kesukaan Is'ad Syafaat

Read more...

Kak Ara & Family Datang Berkunjung

Wah meriah jugak Kak Ara dan keluarganya datang beraya di rumah mama saya. Jadi gempak suasana di petang itu dengan celoteh Kak Ara dan keramahan Abang..apa lagi bila digandingakan dengan nenek kesayanganku yang jugak kuat berceloteh..hehehe macam-macam cerita timbul..sehinggalah cerita zaman-zaman jepun..




Read more...

Sudah Menjadi Kebiasaanku


Aduh crumputt membeli script baru lagi..dia mula belajar script baru pulak..dia cakap terjumpa script yang bagus.. huhuhuhuhuhu ..seperti kebiasaannya, dia akan "study" dan "study" lagi script tersebut sampai betul-betul dapat difahami dan diaplikasi macam sebelum ini (^_^)..nampak gayanya "burn" lagi cuti hujung tahun kami dengan mentelaahnya..tak dapat nak menolong..

Read more...

Sudah Menjadi Kebiasaanku

Aduh crumputt membeli script baru lagi..dia mula belajar script baru pulak.. seperti kebiasaannya, dia akan "study" script tersebut sampai betul-betul dapat dan diaplikasi (^_^).. nampak gayanya "burn" lagi cuti hujung tahun kami dengan mentelaahnya..

Read more...

Pesanan Buat Sang Suami

1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan
riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Read more...

Thursday, October 1, 2009

PitasDaily.Net



Saluran Ketelusan, Perjuangan dan luahan warga Pitas mengenai info dan isu-isu semasa di Daerah Pitas.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Karjat Resorts

Back to TOP